21 Hari menuju Wajadiri UIA 2010

Posted by UIA Gombak on Wednesday, July 7, 2010 , under | comments (0)




Angka 21 begitu sinonim dengan pergerakan Silat Cekak Hanafi,seribu satu makna disebalik angka ini. Dengan ini secara rasmi,bermulanya semangat Wajadiri UIA 2010. Mengikut laporan yang diterima, sebanyak 30 IPT dan Sekolah telah mengesahkan kehadiran mereka ke bumi UIA pada 31hb Julai nanti.Ada diantara IPT yang gigih mengadakan training pada waktu pagi dan juga malam untuk memantapkan buah masing-masing dari segi kekemasan,keaslian dan juga dari segi kreativiti.
Tidak lupa juga,pada 1hb Ogos bertempat di UIA,akan diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2010 (MAK 2010).Majlis ini diadakan sempena sambutan perayaan 45tahun Silat Cekak dimana ia akan mengumpulkan seramai 600-800 orang penerima pingat (Utama,Setia,Berjasa) dan juga penerima sijil (Sijil Menengah,Sijil Rendah).Diharap semua penerima-penerima Pingat dan Sijil dapat mengesahkan kehadiran awal untuk memudahkan urusan penginapan terutama kepada ahli-ahli dari luar Kuala Lumpur dan Selangor.

Semoga kita dapat bertemu nanti sambil mengeratkan ukhwah sesama ahli Silat Cekak Hanafi seluruh Malaysia.

Hidup Cekak Hanafi!!
Satu Pemikiran Satu Tujuan