GIMMICK PREMIER SHOW

Posted by UIA Gombak on Tuesday, May 25, 2010 , under | comments (0)



Alhamdulillah sebentar td telah ditayangkan gimik sempena Opening Wajadiri UIA 2010 dihadapan semua AJK-AJK yang terlibat.Sambutan yang diterima boleh dikategorikan sebagai bakal pecah panggung pada 31 Julai 2010 nanti di CAC. Sama-samalah kita nantikan kesudahan filem tersebut...All the best to all..

Acara2 yg dipertandingkn WAJADIRI UIA '10

Posted by UIA Gombak on Saturday, May 22, 2010 , under |





Karnival Wajadiri Nasional yang akan diadakan pada 31 Julai 2010 di Cultural Activity Centre(CAC) Universiti Islam Antarabangsa Kampus Utama Gombak.Karnival ini akan mempertandingkan 10 kategori termasuk 3 kategori terbuka.Disamping itu, kategori Pameran buat pertama kalinya akan dipertandingkan untuk semua IPT yang mengambil bahagian.


Kategori Berpasangan (Lelaki & Wanita IPT dan Sekolah)

Kategori 1 : Menangkis serangan pisau

Kategori 2 : Menangkis serangan kaki

Kategori 3 : Menangkis serangan tongkat

Kategori Berkumpulan (Lelaki & Wanita IPT dan sekolah)


Kategori 4 : Umum

Kategori 5 : Persembahan di atas papan sekeping

Kategori 6 : Adegan Praktikal

Kategori Khas (Lelaki & Wanita IPT dan Sekolah)


Kategori 7 : Buah Jatuh (6 buah standard)

Kategori Berpasangan Terbuka (Lelaki, Wanita Dewasa & Wanita Remaja)


Kategori 8 : Menangkis serangan pisau - Terbuka (1 minit)

Kategori 9 : Menangkis serangan kaki - Terbuka (1 minit)

Kategori 10 : Menangkis serangan tongkat - Terbuka (1 minit)


Kategori Pameran- (universiti sahaja)

Setiap institusi pengajian tinggi(IPT) harus menyediakan galeri.

Galeri mempunyai:

1. Gambar-gambar aktiviti sepanjang tahun.

2. Carta organisasi persatuan.

3. Bahan-bahan berkaitan dengan persatuan silat di IPT masing-masing.

4. Semua bahan-bahan perlu ditampal diatas papan yg disediakan

5. Peralatan seperti pita pelekat atau paku tekan tidak akan disediakan

*Setiap IPT akan disediakan ruang pameran dan sebarang penggunaan barangan elektronik (computer riba dan projector adalah dilarang).

WAJADIRI UIA 2010 akan datang

Posted by UIA Gombak on Friday, May 21, 2010 , under | comments (0)




Selaku tuan rumah Karnival Wajadiri Nasional Ke 13,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Gombak mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat berlatih kepada semua kontinjen samada dari sekolah, IPT mahupun pusat latihan..