Acara2 yg dipertandingkn WAJADIRI UIA '10

Saturday, May 22, 2010 , Posted by UIA Gombak at 3:33 AM



Karnival Wajadiri Nasional yang akan diadakan pada 31 Julai 2010 di Cultural Activity Centre(CAC) Universiti Islam Antarabangsa Kampus Utama Gombak.Karnival ini akan mempertandingkan 10 kategori termasuk 3 kategori terbuka.Disamping itu, kategori Pameran buat pertama kalinya akan dipertandingkan untuk semua IPT yang mengambil bahagian.


Kategori Berpasangan (Lelaki & Wanita IPT dan Sekolah)

Kategori 1 : Menangkis serangan pisau

Kategori 2 : Menangkis serangan kaki

Kategori 3 : Menangkis serangan tongkat

Kategori Berkumpulan (Lelaki & Wanita IPT dan sekolah)


Kategori 4 : Umum

Kategori 5 : Persembahan di atas papan sekeping

Kategori 6 : Adegan Praktikal

Kategori Khas (Lelaki & Wanita IPT dan Sekolah)


Kategori 7 : Buah Jatuh (6 buah standard)

Kategori Berpasangan Terbuka (Lelaki, Wanita Dewasa & Wanita Remaja)


Kategori 8 : Menangkis serangan pisau - Terbuka (1 minit)

Kategori 9 : Menangkis serangan kaki - Terbuka (1 minit)

Kategori 10 : Menangkis serangan tongkat - Terbuka (1 minit)


Kategori Pameran- (universiti sahaja)

Setiap institusi pengajian tinggi(IPT) harus menyediakan galeri.

Galeri mempunyai:

1. Gambar-gambar aktiviti sepanjang tahun.

2. Carta organisasi persatuan.

3. Bahan-bahan berkaitan dengan persatuan silat di IPT masing-masing.

4. Semua bahan-bahan perlu ditampal diatas papan yg disediakan

5. Peralatan seperti pita pelekat atau paku tekan tidak akan disediakan

*Setiap IPT akan disediakan ruang pameran dan sebarang penggunaan barangan elektronik (computer riba dan projector adalah dilarang).